Feeds:
Posts
Comments

www.syahrulnizam.com

Blog ini sudah berpindah ke www.syahrulnizam.com

Oleh Diyanah Anuar

Gagah, matang, agresif idaman wanita

CIRI-CIRI tipikal lelaki – macho, sasa dan pelindung mungkin tidak lagi relevan dalam memikat hati wanita sekarang. Jika anda lelaki berwajah bersih dan mahu menukar gaya penampilan, sekarang mungkin waktu sesuai!

Suatu kajian yang dilakukan ke atas wanita di United Kingdom (UK) baru-baru ini memberikan keputusan yang wajar difikir lelaki dalam menata gaya. Mengikut kajian itu, lelaki sekarang tidak lagi perlu mencukur bersih wajah mereka kerana wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menyimpan jambang.

Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol dan sasa. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang.

Hasil kajian itu yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki aktor seperti George Clooney dan Brad Pitt yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.

Bagi kebanyakan wanita, lelaki yang menyimpan misai, jambang dan janggut lebih terserlah sifat kelelakiannya berbanding lelaki tidak bermisai dan berjanggut yang ada kalanya mereka gelar ‘jambu’ atau ‘pretty boy’.

Misai dan janggut juga secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih matang dan dominan, dua kualiti yang dicari rata-rata wanita.

Minat wanita juga berbeza-beza. Ada yang sukakan lelaki yang cuma menyimpan misai saja, ada yang suka pada lelaki yang menyimpan jambang saja dan ada yang terpikat pada yang memiliki kedua-duanya; misai dan jambang. Paling penting, misai dan jambang ini dijaga rapi dan tidak dibiarkan kelihatan bersepah kerana ia boleh menimbulkan pandangan bahawa anda seorang yang tidak terurus.

Sesetengah lelaki kelihatan menarik bila mempunyai misai, jambang atau janggut tapi ada juga yang tidak sesuai dengan penampilan sebegitu. Jika ramai yang memberi komen negatif mengenai penampilan anda yang bermisai, berjambang atau berjanggut – mungkin ia tidak sesuai dengan wajah anda.

Jadi, jika anda ingin mengetahui sama ada diri lebih menarik dengan misai dan jambang ataupun tidak, lebih baik kiranya anda tanyakan kepada rakan wanita di sekeliling anda.

Apa yang pasti, bermisai, berjambang ataupun tidak, semua ini adalah tarikan fizikal semata-mata.

Hakikatnya, biarpun seseorang lelaki itu ‘lulus’ dari segi penampilan fizikalnya di mata wanita tapi ‘gagal’ dari segi sikap dan keperibadian, misai, janggut, kumis atau jambang yang paling menawanpun tidak akan memberi sebarang makna.

INFO:

  • Designer stubble atau jambang pendek (baru tumbuh) mampu membuatkan anda tampak lasak dan menyerlah, bergantung kepada bagaimana anda merapikannya. Gaya seperti ini selalunya sesuai dengan ramai lelaki tidak kira sama ada yang bersifat romantik. sofistikated atau bersahaja. Selain itu, gaya ini dikatakan tidak akan ketinggalan zaman.
  • Jika anda mempunyai wajah ‘baby face’, dengan pipi bulat dan comel, designer stubble dapat membuatkan bahagian rahang anda tampak lebih cengkung selain menyembunyikan dagu yang berlapis.
  • Gaya ini sesuai untuk anda yang kurang gemarkan suasana formal dan penampilan ini juga boleh dibawa ke pejabat asalkan anda sentiasa memastikan ia rapi.

BEIJING – Bagi atlet, pengunjung malah wakil media beragama Islam yang akan ke Olimpik Beijing, mereka tidak perlu terlalu gusar dengan soal makanan semasa berada di sini kerana lebih 2,000 restoran dan kedai makanan halal dibuka sepanjang kejohanan yang bermula bulan depan.

Pihak bandar raya ini telah memperuntukkan 32 juta yuan (RM15 juta) untuk membuka restoran halal dan meningkatkan perniagaan katering masyarakat Islam, demikian menurut agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan seorang pegawai bandar raya ini.

Kedai makanan Islam juga terdapat di Lapangan Terbang Beijing dan stesen kereta api Barat Beijing.

Menurut Xinhua, kira-kira 10,000 atlet, jurulatih dan pelancong beragama Islam dijangka melawat kuaters Islam di Niujie Street di mana terdapat masjid paling tua di bandar raya ini.

Laporannya menyebut sebanyak 12 daripada 70 buah masjid telah dipilih untuk menjadi pusat utama untuk mengalu-alukan pelawat Islam yang turut diletakkan tanda dalam bahasa Arab.

Perkampungan sukan turut mempunyai kemudahan makanan Islam dan tempat untuk aktiviti agama bagi para atlet dan pegawai sukan.

China mempunyai kira-kira 20 juta penduduk beragama Islam yang majoritinya terdapat di barat laut wilayah autonomi Xinjiang dan Ningxia.

- Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0725&pub=utusan_malaysia&sec=sukan%5Fluar%5Fnegara&pg=sl_06.htm&arc=hive

null

Oleh ARSHAD HUSSIN

Firman Allah: Bahawasanya orang yang sentiasa memakmurkan masjid-masjid Allah. Itu adalah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT, dan hari Akhirat serta mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. Semoga merekalah diharapkan menjadi golongan yang mendapat hidayah (petunjuk Allah swt). (at-Taubah: 18)

MASJID memainkan peranan penting dalam Islam. Pada zaman Rasulullah SAW, masjid bukan sahaja menjadi rumah ibadat tetapi juga pusat bersosial umat Islam termasuklah kawasan perniagaan.

Sesuai dengan hal yang demikian, fungsi masjid dewasa ini perlu diperluaskan bagi mencetuskan nilai-nilai positif dalam pembangunan ummah, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Sakaran.

Katanya, kerajaan menyedari betapa pentingnya peranan masjid memupuk perpaduan di kalangan umat Islam dan fungsinya perlu diperluaskan.

Katanya, masjid perlu diperluaskan fungsinya agar tidak hanya diimarahkan oleh golongan tertentu sahaja seperti golongan warga emas malah golongan remaja perlu diberi ruang yang luas supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada pembangunan ummah.

Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di Sabah berkata, masjid merupakan rumah ibadat dan pusat pengembangan syiar Islam.

Sehubungan itu katanya, mengimarahkan masjid merupakan peranan penting semua umat Islam agar rumah ibadat ini sentiasa hidup dan memberi impak yang besar kepada kemajuan ummah sejagat.

Katanya, kerajaan juga menyedari betapa pentingnya golongan muda kepada negara dan sewajarnya mereka diberikan peluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti agama dan sosial.

Beliau berkata demikian sempena majlis penangguhan rasmi Program Sayangi Masjid bersempena Program menjadikan masjid tempat persinggahan bekas penagih dadah ke-16 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Program selama 20 hari yang bermula 15 Jun itu disertai 30 orang pelatih Pusat Serenti Papar (PUSPA).

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Amri Suratman, Pengarah Jakim Sabah, Abd. Aziz Che Yakob, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesuma Jakim, Abd. Azizi Mohammad dan Komandan Pusat Serenti Papar (PUSPA) Roswati Apin.

Nasir berkata, kerajaan menyedari betapa pentingnya sumbangan golongan muda kepada negara dan sewajarnyalah mereka diberikan peluang yang luas mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di masjid sama ada bercorak keagamaan mahupun kebajikan sosial.

Katanya, meskipun golongan muda ada yang pernah melakukan kesilapan dalam percaturan hidup namun mereka tidak sepatutnya disisihkan kerana mereka juga berhak diberikan ruang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0724&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_02.htm&arc=hive

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR

MUAR 25 Julai – Tindakan seorang warga emas menegur seorang lelaki yang memakai selipar di dalam masjid mengundang padah apabila dia akhirnya meninggal dunia semalam, setelah koma selama dua hari akibat terjatuh ditolak lelaki itu.

Dalam kejadian pagi Selasa lalu, mangsa, Zakaria Mahmud, 69, baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Ibrahim di Jalan Petrie di sini.

Dia kemudiannya ternampak seorang lelaki warganegara Myanmar memakai selipar di dalam kawasan masjid lalu menegurnya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli berkata, teguran mangsa itu membangkitkan kemarahan lelaki berkenaan yang kemudian menolak warga emas itu sehingga terjatuh ke lantai masjid.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berasal dari Jalan Temenggung Ahmad di sini telah mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala akibat terjatuh di lantai masjid.

“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk menerima rawatan, koma selama dua hari dan akhirnya meninggal dunia di hospital itu kira-kira pukul 7 malam tadi,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohammad Nasir berkata, sejurus kejadian itu, polis menahan lelaki warganegara Myanmar berusia 27 tahun terbabit di Jalan Abdul Rahman di sini bagi membantu siasatan.- Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0725&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.